Header Ads

Header ADS

Rafizi Jawab Cemuhan Netizen Pasal Penurunan Harga Minyak


KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli akan menjawab cemuhan netizen terhadap beliau berkaitan harga minyak yang tidak turun walaupun kerajaan Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 seperti yang diuar-uarkan olehnya ketika Pilihan Raya Umum ke-14 minggu ini.

Dalam hantaran di Facebook, Rafizi berkata, beliau akan membentangkan analisa harga minyak dan jumlah subsidi yang telah dan akan ditanggung oleh kerajaan untuk mengekalkan harga minyak dalam keadaan harga minyak mentah dunia kekal tinggi minggu ini.

"Kaki putar di kalangan pejuang maya parti-parti pembangkang ini menuduh kononnya saya takut untuk bersuara kerana takutkan kepada pimpinan kerajaan dari PH yang ada sekarang.

"Hanya kerana mereka datang dari parti-parti yang ada budaya “yes man” atau “wala’, mereka ingat bila PH menjadi kerajaan, budaya itu juga ada di dalam PH," kata Rafizi dalam Facebook beliau.

Jelas Rafizi, beliau memantau harga minyak secara harian dan sedar janji PH dalam PRU-14 mengenai harga minyak. 

Tegas beliau, kerajaan PH telah menunaikan sebahagian dari janji tersebut justeru tidak memerlukan untuk beliau bersuara.

"Insya-Allah saya cuba yang terdaya walaupun saya seorang rakyat biasa tanpa ada sebarang ikatan amanah untuk menjalankan tugas ini, kerana saya tidak makan gaji satu sen pun dari mana-mana badan awam.
"Tunggu analisa saya mengenai harga minyak," kata Rafizi.

Rafizi mengulas kritikan netizen terhadap video beliau ketika kempen PRU-14 yang dikongsi di laman sosial. 

Dalam video tersebut Rafizi berkata, kerajaan mampu menurunkan harga petrol dari RM2.20 kepada RM1.80.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan harga RON95 serta diesel kekal pada RM2.20 dan RM2.18 seliter sehingga akhir tahun ini dengan peruntukan subsidi sebanyak RM3 bilion. 


Sementara harga RON97 pula berdasarkan pergerakan pasaran. -UTUSAN ONLINE

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.