Header Ads

Header ADS

Tiada Lagi Aksi 'Robert' Selepas Ini


KUCHING - Seorang lelaki yang dikenali ramai di bandar raya ini kerana perwatakannya yang menyanjung tinggi polis, telah meninggal dunia pada jam 9.39 pagi semalam di Hospital Umum Sarawak (HUS). 
Jong Kin Foo, 56, atau lebih dikenali sebagai Robert, mengalami kecederaan selepas jatuh dari ketinggian kira-kira 15 kaki di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di sini Sabtu lalu. 
Robert yang berasal dari Pending Height, turut terkenal dengan kelucuan serta perlakuan ‘berkawad’ dan ‘menembak’ dengan payungnya yang meniru aksi peperangan. 
Dia sering dilihat merayau-rayau di sekitar bandar raya ini dengan berpakaian seluar pendek dan baju kolar sambil membawa payung.
Pada Sabtu lalu, Robert yang dipercayai terjatuh dari ketinggian 15 kaki ditemui orang awam dalam keadaan kepalanya berdarah.

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada dia dirompak, Robert cuma meminta dihantar pulang.

Orang ramai kemudian menghubungi ambulans yang kemudian membawa Robert ke HUS untuk rawatan dan diletakkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). 


Difahamkan, doktor telah mengesahkan bahawa terdapat tanda yang menunjukkan bahawa Robert mengalami serangan jantung. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.