Header Ads

Header ADS

PETRONAS Lancar Filem Web Hari Gawai 2018 Bertajuk 'Home Is Calling'


KUCHING - Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) telah melancarkan filem web bertajuk ‘Home Is Calling’ bersempena dengan sambutan Hari Gawai tahun ini di tHe Spring baru-baru ini.
Pengurus Besar Kanan Kumpulan Strategik Komunikasi PETRONAS, Zahariah Abdul Rahman berkata penghasilan video web ini adalah bertujuan memberi mesej dan impak yang bermakna kepada masyarakat yang sentiasa sibuk hari ini. 
“Kita telah mulakan projek ini dengan kempen Tahun Baharu Cina tidak lama dahulu yang dilancarkan di Kuala Lumpur dan China buat pertama kalinya dan mendapat sambutan yang sangat baik. 
“Dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan pihak kami mendapati 1 juta penonton telah menonton dan dimuat turun serta dikongsi di dalam aplikasi WeChat dan Weibo di tanah besar China. 
“Justeru itu, pihak kami konsisten dengan menekankan kepada cerita yang menaikkan semangat di dalam suasana yang kita hadapi setiap hari dan berharap untuk membawa kepada perubahan positif dalam kehidupan hari ini,” katanya selepas pelancaran rasmi filem web ‘Home Is Calling’ di sini.

Petronas komited untuk terlibat dalam menyambut kepelbagaian perayaan yang disambut oleh pelbagai masyarakat di Malaysia.
Menerusinya, kami membuat penggambaran tersebut yang mengisahkan tentang seorang muda belia yang tinggal dan bekerja di dalam bandar raya dan tidak berjumpa dengan ahli keluarga untuk sekian lamanya. 
Beliau kemudiannya merindui kampung halaman dan ahli keluarga. 
“Mesej yang cuba kita sampaikan adalah sejauh mana kita pergi dan apa kejayaan yang diperolehi mereka tetap tidak akan melupakan asal usul serta keluarga masing-masing,” tambahnya. 
Dalam menghasilkan video dan jalan cerita video ini, Petronas mendapat kerjasama rapat daripada pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Noriah Tunggang hasil yang jelas memberi impak itu, tegasnya. 

Filem Web itu akan mula ditayangkan selama 60 saat daripada 29 Mei sehingga 3 Jun dan juga boleh ditonton melalui YouTube dan Facebook. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.