Header Ads

Header ADS

Cuci Bekas Makanan Guna Lopak Air Pengurus Restoran Raj's Banana Leaf Mohon Maaf


KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan Restoran Raj's Banana Leaf memohon maaf atas insiden pekerjanya yang mencuci bekas makanan di satu premis di Bangsar di sini sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna laman sosial.

Kenyataan yang dimuat naik menerusi pemilik akaun Facebook Raj's Banana Leaf itu, pekerjanya didapati mencuci bekas makanan di kawasan lopak air di luar permis tersebut.

Katanya, mereka merupakan pekerja baharu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.


Menurutnya, pihak pengurusan Raj's Banana Leaf sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala terhadap pekerja dan bahagian dapur.

"Kami memohon maaf atas tindakan yang dilakukan oleh pekerja baharu terbabit dan memahami cara tersebut tidak boleh diterima.

"Kami akan terus memantau dan menjadi keutamaan kebersihan serta keceriaan di dapur sentiasa terjaga," katanya.

Jelas kenyataan itu, pihaknya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pekerja yang didapati melakukan perbuatan tersebut.

Hari ini tular dalam media sosial video berdurasi 29 saat kelihatan beberapa pekerja restoran itu mencuci bekas makanan di kawasan lopak air di luar permis tersebut.

Pengguna laman sosial yang menyaksikan video tersebut melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pekerja terbabit.

Kata kenyataan itu, pihak memahami keprihatinan semua dan berharap diberi peluang untuk memberi perkhidmatan terbaik pada masa depan. - Utusan Online

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.