Header Ads

Header ADS

Bonus Penjawat Raya Awam RM400 Pesara RM200


KUCHING - Perdana Menteri Tun Mahathir hari ini mengumumkan pemberian bonus kepada penjawat awam dan pesara kerajaan dalam sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet pagi ini.

Dalam sidang medianya, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersetuju memberikan bantuan khas sebanyak RM400 kepada kakitangan awam Gred 41 ke bawah dan RM200 bagi pesara kerajaan.

Sementara itu, kerajaan turut mengekalkan bantuan seperti mana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan diberikan nama baharu Bantuan Sara Hidup yang mana nilainya masih belum diketahui.

Dalam pada itu, Kerajaan PH juga telah bersetuju menubuhkan Tabung Harapan Malaysia yang bertujuan mengutip derma dan sedekah daripada rakyat.

Ini susulan daripada kenyataan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berhubung dengan hutang negara yang dianggarkan RM1 trillion biarpun ia dinafikan oleh bekas Gabenor Bank Negara yang kini merupakan ahli Majlis Penasihat Kerajaan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. 



No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.