Header Ads

Header ADS

Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri Pakatan Harapan


KUALA LUMPUR - Berikut keputusan mesyuarat Jemaah Menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebentar tadi.
1. Bantuan khas RM400 bagi kakitangan awam Gred 41 ke bawah, RM200 untuk pesara kerajaan.
2. Bantuan sara hidup menggantikan BR1M akan dibayar 6 Jun ini.
3. Pelaksanaan SST bagi menggantikan GST dilaksana mulai 1 September depan.
4. Pembatalan HSR tertakluk kepada perbincangan dengan Singapura kerana implikasi kewangan yang tinggi, manakala projek MRT3 tidak diteruskan.
5. Diskaun 50 peratus untuk semua lebuh raya pada dua hari sebelum hari raya.
6. Program Permata dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri kepada Kementerian Pendidikan.
7. Perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 akan disiarkan secara langsung menerusi RTM.
8. Harga petrol RON95 dikekalkan manakala RON97 diapungkan mengikut harga pasaran.
9. Satu kumpulan ulama dan mereka yang berpengetahuan dalam bidang agama akan dibentuk bagi membincangkan peranan JAKIM.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.