Header Ads

Header ADS

8,000 Premis Starbucks Ditutup Selama 4 Jam


NEW YORK - Sebanyak 8,000 cawangan Starbucks bakal ditutup pada jam 2 petang (waktu tempatan) hari ini, bagi membolehkan kira-kira 175,000 kakitangannya mengikuti latihan mengenai toleransi kaum, susulan insiden dua lelaki kulit hitam ditahan di salah satu kedainya pada April lalu.
Presiden kumpulan dasar awam Demos, Heather McGhee, yang menjadi penasihat kepada Starbucks Corp (SBUX.O) mengenai program latihan anti-perkauman yang bermula hari ini, berharap ia dapat menghidupkan kembali usaha untuk memastikan golongan minoriti mendapatkan layanan sama rata di restoran dan kedai, sekali gus menjadi contoh kepada syarikat lain.
Starbucks komited untuk menjalani latihan itu selepas seorang pengurus kafenya di Philadelphia yang menghubungi polis hingga menyebabkan dua pelanggan kulit hitam yang sedang menunggu seorang rakan ditahan.
Sementara, 6,000 lagi cawangan kafe berlesen Starbucks yang dibuka di lokasi seperti kedai barangan harian, lapangan terbang dan kakitangan terbabit akan menjalani latihan yang sama tidak lama lagi.
Program selama empat jam itu antara lain diselitkan dengan sesi tayangan video yang menampilkan pemimpin syarikat, artis hip hop Common dan pakar dari Institut Persepsi serta dokumentari ringkas mengenai sejarah perkauman di tempat awam.
Mereka juga akan mengambil bahagian dalam perbincangan dan sesi penyelesaian masalah mengenai cara mengenal pasti dan mengelakkan diskriminasi kaum. - Reuters

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.