Tentera Israel Tahan Bot Palestin
GAZA - Tentera Israel dilaporkan menahan dan merampas sebuah bot protes Palestin pada Selasa.
Bot yang membawa penduduk Gaza yang sakit dan penganggur, ditahan tentera Israel beberapa kilometer di laut, kata Salah Abdul Atti, seorang penganjur kepada AFP.
"Tentera Israel mengepung dan memintasnya," kata Atti menambah hubungan komunikasi dengan bot terputus selama hampir 30 minit.
Bot dan penumpang dikatakan akan dibawa ke pelabuhan Israel di Ashdod.
Jurucakap tentera, Jonathan Conricus berkata, ia adalah cubaan tidak sah memecahkan sekatan tentera laut ke atas Gaza sejak Hamas merampas kuasa.
Penganjur berkata, mereka mahu mengetengahkan impak sekatan ke atas dua juta penduduk Gaza.
Sekatan Israel selama 11 tahun telah menghalang Semenanjung Gaza daripada menerima bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan, termasuk bekalan makanan, perubatan, dan air bersih. -AFP
No comments