Header Ads

Header ADS

Wanita PBB Tanjong Datu Buat Laporan Polis Hina YB Di Facebook


KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.03 Tanjong Datu membuat laporan polis terhadap pemilik Facebook (FB) yang didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan dan menghina Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.03 Tanjong Datu Datu Datuk Amar Jamilah Anu yang disifatkan memalukan dan menjatuhkan martabat wanita.

Laporan dibuat oleh Ketua Pergerakan Wanita PBB N.03 Tanjong Datu Kaunselor Fatimah Abdullah dengan ditemani oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita PBB N.03 Tanjong Datu di Balai Polis Daerah Lundu, semalam.

"Menghina YB dianggap menghina 'ibu' kami. Bagaimana seorang anak boleh menerima penghinaan sedemikian rupa setelah apa yang dibuat oleh YB untuk warga Tanjong Datu.

"Tidak kami izinkan seseiapa menghina YB kami sedemikian rupa. Diharap dengan laporan polis ini dibuat ada tindakan dapat dibuat supaya ianya memberi pengajaran kepada orang lain agar tidak menjatuhkan maruah orang lain dengan sesuka hati," katanya.

Dalam laporan itu, Fatimah Abdullah menyatakan lebih kurang jam 2 petang pada 11 Januari mereka telah menerima pesanan di 'group whatapps' yang memaklumkan YB mereka telah dihina oleh pemilik laman sosial FB yang menggunakan nama akaun Kristina Kristina.


Katanya, pemilik akaun itu dengan jelas menulis dalam kenyataan berbunyi 'Aku peduli apa dengan Jamilah Anu gabungan sobat bukan gabungan GPS huhu.

Pemilik akaun itu turut menyebut 'Owak... YB Ketua Menteri xxxx lundu jamilah anu'.

"Kerana itu, saya bersama AJK Pergerakan Wanita PBB N.03 Tanjong Datu membuat laporan untuk tindakan pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak berkaitan," jelasnya.


Terdahulu Persatuan Belia Lundu turut membuat laporan polis atas muat naik yang sama. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.