Header Ads

Header ADS

Pertahankan Perpaduan Rakyat Sarawak Menerusi GPS


SARIKEI: Rakyat Sarawak perlu terus mempertahankan perpaduan dan mengelak terlibat dengan sebarang unsur yang boleh menyebabkan perpecahan.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilihat sebagai platform terbaik untuk terus mengukuhkan perpaduan.
Menurutnya, ini kerana entiti politik yang melibatkan empat parti komponen utama Sarawak itu dianggotai masyarakat berbilang kaum.
Beliau yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat menjelaskan, ketika ini masyarakat di Semenanjung Malaysia semakin berpecah disebabkan penubuhan parti politik.
Justeri katanya, rakyat perlu terus bersatu dan bekerjasama di bawah GPS yang merupakan parti yang dipimpin anak tempatan.
Ujarnya, GPS juga merupakan wadah terbaik untuk memastikan hak Sarawak terus dilindungi dan dipertahankan.
Tambahnya, anak Sarawak juga dinasihatkan tidak terlibat dengan sebarang unsur rasis atau buruk sangka antara satu sama lain.
Abdullah berkata demikian pada Jelajah Bendera GPS di Dewan Suarah Sarikei hari ini.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.