Header Ads

Header ADS

Jelajah GPS Sarikei Himpunkan 11 Wakil Rakyat


SARIKEI: Jelajah Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Dewan Suarah Sarikei berjaya menghimpunkan 11 wakil rakyat yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen.
Lebih menarik lagi, wakil rakyat tersebut berucap dalam pelbagai bahasa seperti Melayu, Iban, Mandarin dan Melanau.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii, GPS merupakan wadah baharu kepada arean politik di Sarawak.
Beliau berkata, penubuhan GPS juga menandakan sejarah baharu tercipta dalam usaha Sarawak menuntut hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Sementara itu, ADUN Kuala Rajang, Datu Len Talif menjelaskan, GPS bukanlah jelmaan Barisan Nasional (BN) kerana ia dipimpin 100 peratus anak tempatan.
Dengan adanya wadah politik baharu itu jelasnya, hala tuju Sarawak terutama dalam melindungi hak Sarawak lebih mudah dirangka.
Tambahnya, ini kerana suara wakil rakyat Sarawak lebih lantang dan tidak terikat kepada mana-mana parti dari Semenanjung Malaysia.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.