Header Ads

Header ADS

Pembinaan 4 Jambatan Jalan Pesisir Rancakan Pembangunan Negeri Sarawak

 
MIRI: Keputusan Kerajaan Negeri Sarawak mengambilalih empat jambatan di jalan pesisir akan memberi impak besar kepada pembangunan di negeri Sarawak pada masa akan datang.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg berkata pembinaan jambatan-jambatan di jalan pesisir ini bukan sahaja untuk keperluan jaringan pengangkutan, tetapi juga akan membangunkan bidang pertanian di kawasan luar bandar.

"Pembinaan empat projek besar akan memberi impak besar kepada rakyat iaitu pembinaan jambatan-jambatan di jalan pesisiran membabitkan Jambatan Batang Lupar, Jambatan Lassa, Jambatan Rambungan dan Jambatan Kemena.

"Jambatan ini penting kerana menghubungkan jalan pesisir dibangunkan bagi memantapkan rangkaian hubungan jalan negeri ini seiringi dengan usaha Kementerian Pemodenan Pertanian membuka kawasan baharu menerusi taman pertanian dan penggunaan teknologi dalam sektor pertanian," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Peringkat Negeri di sini semalam. 

Abang Zohari kemudian memberi pujian kepada kementerian dan kumpulan pelaksana mampu melaksanakannya mengikut jadual di samping 324 projek di peringkat akar umbi yang mempunyai peruntukan RM6.42 bilion memberi impak besar kepada rakyat. 

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Han.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.