2,500 Rumah Pertiwiku Untuk Rakyat Sarawak
MIRI:
Kerajaan Negeri Sarawak akan membangunkan 2,500 rumah mampu milik di
bawah Projek Rumah Pertiwiku khusus untuk golongan yang berpendapatan
rendah.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg berkata projek tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif Team Abang Jo yang diperuntukan kepada rakyat Sarawak dalam memiliki rumah.
"Kerajaan Negeri Sarawak akan membangunkan rumah mampu milik pada harga RM90,000 hingga RM150,000.
"Rumah mampu milik ini dikhususkan kepada kumpulan berpendapatan rendah selepas diberi subsidi satu pertiga daripada kos sebenar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Peringkat Negeri di sini semalam.
Katanya, projek perintis itu akan dilaksanakan di Kemunyang, Sibu, Jepak di Bintulu, Niah-Lambir di Miri dan Kuching dibangunkan kerajaan negeri dan diletakkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
"Di Kemunyang ada lebih 300 unit rumah itu dibangunkan dan jumlah keseluruhannya pada tahun ini, saya percaya kita mampu bangunkan dari 2,000 hingga 2,500 unit rumah untuk rakyat berpendapatan rendah.
"Mereka yang berpendapatan di antara RM800 hingga RM2,500 layak memohon projek Rumah Pertiwiku," tambahnya.
Sementara itu, Abang Zohari berkata pengenalan rumah mampu milik di bawah Projek Rumah Pertiwiku adalah usaha Kerajaan Negeri Sarawak membantu rakyat memiliki rumah.
"Ini adalah strategi jangka panjang kita membantu rakyat memiliki rumah dan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kita melaksanakan dasar polisi dari sudut negeri Sarawak menggunakan cara sendiri," katanya.
Hadir sama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Han.
No comments