Header Ads

Header ADS

GPS Diyakini Kembali Memerintah Selepas PRN Akan Datang


KAPIT: Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Wilson Ugak melahirkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan kembali membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Rajang berkata, sejak ditubuhkan, GPS semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat negeri ini termasuk komuniti Cina.

Menurutnya, penubuhan GPS juga menyedikan platform politik baharu kepada anak Sarawak dan generasi akan datang kerana 100 peratus dipimpin anak tempatan.

Ujarnya, kerajan Sarawak juga kini boleh membuat keputusan sendiri tanpa perlu bergantung kepada pihak lain dari Semenanjung Malaysia seperti sebelum ini.

Sehubungan itu beliau menasihati rakyat negeri ini menolak propaganda dimainkan Pakatan Harapan (PH) terutama melibatkan isu tanah.

Wilson menjelaskan, kerajaan Sarawak menerusi Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas sentiasa peka terhadap isu tersebut dan cuba menyelesaikannya.

Beliau berkata demikian pada Jelajah Bendera GPS di Rumah Edison Bugak, Sungai Melekun, Kapit malam ini.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.