Header Ads

Header ADS

Memburukan GPS Di Rumah Panjang Strategi Kempen AMANAH Menjelang PRN Sarawak


DEBAK: Tindakan memburukan nama Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang adalah sebahagian daripada strategi yang akan digunakan calon-calon Pakatan Harapan (PH) dan AMANAH pada pilihan raya akan datang.

Calon AMANAH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro Hj Kasim bin Rosli dalam ucapannya memberitahu AMANAH akan menjadikan perbuatan memburukkan imej dan parti GPS di kawasan rumah-rumah panjang sebagai sebahagian daripada usaha memenangi hati rakyat.

"Mencemar imej Kerajaan GPS dengan mengatakan GPS akan goyah dalam PRN Sarawak akan datang adalah sebahagian daripada strategi kami untuk mendapatkan sokongan.

"Selain itu, AMANAH akan merangka dan merancang program beserta aktiviti di kawasan DUN Beting Maro dalam memperkenalkan lagi parti AMANAH dan calon mereka di kawasan ini," katanya semasa berucap di Jelajah Parti AMANAH di Rumah Muton Asal, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Komunikasi AMANAH Peringkat Negeri Sarawak Mortada bin Hj Dol dan Hussain wakil penduduk di Rumah Panjang Muton Asal, Debak.


Kasim turut berjanji akan membantu rakyat untuk mengatur ekonomi penduduk tempatan.

"Sekiranya rakyat di DUN Beting Maro memberi sokongan dan parti AMANAH sebagai pilihan rakyat, kami akan membantu meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk," ujarnya yang penuh yakin akan memenangi kerusi DUN Beting Maro pada pilihan raya akan datang. 

Pada majlis itu, parti AMANAH juga membuat pendaftaran Ahli Amanah di Rumah Panjang Muton Asal.


Selain Panjang Muton Asal, program sebegini juga diadakan di Kampung Beladin, Pusa.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.