Header Ads

Header ADS

Lim Guan Eng Cuba Tutup Kelemahan Dan Kegagalan PH Kepada Rakyat Sarawak


KUCHING: Tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang terus-menerus mengeluarkan kenyataan berkaitan hasil cukai pelancongan dilihat bertujuan menutup kelemahan dan kegagalan Pakatan Harapan (PH) dalam menunaikan janji-janji mereka kepada Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fazzrudin Abdul Rahman yang berkata demikian menambah, ia juga bertujuan menutup kelemahan beliau sebagai Menteri Kewangan selepas tindakannya memotong bajet untuk Sarawak dan membatalkan tiga projek jambatan di Sarawak sehingga mencetuskan kemarahan rakyat Sarawak. 
“Selepas membuat tuduhan palsu bahawa Sarawak ada hutang tertunggak dengan (kerajaan) pusat, hari ini (Selasa), Lim mendakwa kerajaan Sarawak pula berbohong dan menyebarkan fitnah mengenai cukai pelancongan serta menganggap ia tidak lebih kepada persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri, dua tahun lagi. 
“Sebenarnya Lim yang cuba menutup kegagalannya selepas tindakan demi tindakannya yang menganaktirikan Sarawak telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat di Bumi Kenyalang,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.
Katanya lagi, Malaysia Baharu yang digambarkan Lim amatlah mendukacitakan.
“Beliau bukan sahaja tidak profesional, malah tidak matang sama sekali dalam menggalas tanggungjawab beliau sebagai seorang Menteri Persekutuan. 
“Polemik politik haruslah diketepikan bila ia melibatkan kepentingan negeri dan negara,” ujarnya.
Jelasnya, Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah hanya mengutarakan isu kepada kerajaan persekutuan. 
“Adakah dengan mengutarakan isu terus dilabel sebagai cuba meretak hubungan persekutuan dan negeri. 
“Bukankah Malaysia Baharu melaung-laungkan keterbukaan dalam menegur, kebebasan bersuara dan sebagainya? 
“Sepatutnya beliau menangani setiap isu secara profesional, bukannya terus melatah dan mengecam Sarawak,” tegasnya.
Sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir urus dan membangunkan negara, sikap begini jelas menunjukkan keangkuhan, kebiadaban dan kelemahan Lim sendiri, jelasnya.
“Tuduhan Lim bahawa Sarawak mempunyai tunggakan hutang kepada kerajaan persekutuan juga menunjukkan kedangkalan sebagai Menteri Kewangan,” katanya. -Utusan Borneo Online

3 comments:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa - MapyRO
    Compare reviews, 이천 출장샵 photos and ratings of Borgata Hotel Casino 동해 출장샵 & Spa, 창원 출장마사지 Atlantic City, based 광주광역 출장샵 on 3141 reviews and 과천 출장안마 2835 candid photos and ratings. Rating: 3.5 · ‎290 votes · ‎Price range: $78

    ReplyDelete
  2. Инстраграмм остается самой популярной на данный момент площадкой для продвижения своего бизнеса. Но, как показывает практика, люди еще чаще подписываются на профили в которых уже достаточное количество подписчиков. Если заниматься продвижение своими силами, потратить на это можно очень много времени, поэтому еще лучше обратиться к спецам из Krutiminst.ru на сайт https://www.poweroutagegame.com/mrsdrroboto-updatesm/

    ReplyDelete
  3. Saya sangat terpukul ketika bisnis saya bangkrut karena situasi keuangan hingga saya menemukan Tn. Pedro dan situs web perusahaan pinjamannya yang berfungsi, lalu saya menghubungi mereka melalui Email: pedroloanss@outlook.com dan Telegram/WhatsApp +393510140339, lalu saya diberi syarat dan ketentuan tentang cara kerja pinjaman mereka. Saya senang karena mereka bersedia mendanai bisnis saya dengan jumlah 86.000,00 Poundsterling dengan pembayaran pinjaman sebesar 2% per tahun untuk mengembangkan bisnis saya. Seluruh prosesnya sangat transparan dan cepat. Terima kasih.
    Saya akan merekomendasikan mereka sebagai pemberi pinjaman profesional.

    ReplyDelete

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.