Header Ads

Header ADS

Hina Pemimpin DAP, Ahli PAS Sibu Ditahan Dan Didapati Positif Dadah


SIBU: Seorang pengurus pusat tahfiz yang ditahan reman bagi membantu siasatan apabila memuat naik kenyataan berbaur penghinaan dalam laman Facebook serta mengugut empat wakil rakyat Parti Tindakan Demokratik (DAP) disahkan positif dadah hari ini.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek, 40, positif dadah jenis methamphetamine.
Suspek yang merupakan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ditahan pihak polis kira-kira pukul 11 pagi Khamis lepas.
Ia susulan laporan yang dibuat oleh pembantu Ahli Parlimen Alice Lau, Maria Jonnit sekitar 4.14 petang Selasa selepas ternampak hantaran di laman Facebook suspek yang berbunyi: 
"Empat orang YB DAP Sibu berkemungkinan sudah mati menjelang musim baru persekolahan 2019. Doakan mereka benar-benar mati jika benar mereka tidak kelihatan."
Khamis lepas, Stanley memberitahu suspek dalam berbuat demikian, mahu pengundi-pengundi mereka sedar mengenai pilihan yang salah pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
"Lelaki itu mendakwa sebagai empat YB mewakili kerajaan PH, mereka tidak sepatutnya tidak mempunyai masalah dalam mendapatkan dana bagi menganjurkan aktiviti untuk pengundi mereka dan juga mendakwa bahawa mereka tidak berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik tetapi sebaliknya apabila mendapat kemenangan," tambahnya.
Suspek juga mahu empat wakil rakyat berkenaan agar lebih kerap bertemu rakyat.
Lelaki tersebut ditahan reman bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan.
Tempoh tahanan reman suspek akan berakhir esok. -Utusan Borneo Online

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.