Header Ads

Header ADS

GPS Bukan Anti Semenanjung Malaysia


SIBU: Penubuhan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan bermakna Sarawak anti Semenanjung Malaysia tetapi usaha anak tempatan untuk menentukan hala tuju mengikut acuan sendiri.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dr Annuar Rapaee berkata, sekarang anak tempatan Sarawak perlu bergerak sendiri dan tidak bergantung kepada pihak lain demi kepentingan rakyat.

Menurutnya, GPS yang menggabungkan empat parti politik di Sarawak boleh dianggap sebagai aset penting kerana mewakili setiap lapisan masyarakat yang akan menentukan masa dwpan negeri.

Sehubungan itu beliau menggesa rakyat Sarawak terus memberi sokongan padu kepada GPS bagi memastikan hak mereka tidak dipertikaikan.

Dr Annuar yang juga Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi berkata demikian pada Program Jelajah Bendera GPS di Dewan Kelab Melayu (MUC) Kampung Nyabor malam ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Snowdan Lawan menjelaskan, rakyat Sarawak tidak sepatutnya memberi peluang kepada parti luar seperti Pakatan Hararapan (PH) yang hanya tahu menabur janji manis yang tidak ditunai.

Jelasnya, sejak mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan pusat, PH banyak membuat keputusan pusingan U.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.