Header Ads

Header ADS

Vernon Tidak Akan Tunduk 4 Tuntutan Timbalan Ketua Menteri Sarawak


KUCHING - Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Betong, Vernon Kedit berkata beliau tidak akan tunduk kepada empat tuntutan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas terhadapnya.

Vernon berkata malah, beliau bersedia menyelesaikan masalah tersebut di mahkamah jika itu pilihan Uggah.

"Jika beliau Timbalan Ketua Menteri dan saya bukan siapa-siapa, dan jika beliau tidak dapat menerima kritikan dan mahu saya berdiam diri, maka kita tiada pilihan melainkan membawa perkara ini ke mahkamah.

"Saya sedia berjuang habis-habisan walaupun perkara ini perlu dibawa ke mahkamah lebih tinggi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR negeri di sini, hari ini.

Vernon yang juga Ketua Penerangan Pakatan Harapan (PH) Sarawak berkata perkara berkenaan adalah isu yang berat, kerana ia melibatkan tanah hak adat Bumiputera (NCR) dan Uggah terus mengelirukan rakyat, khasnya pemilik NCR di negeri ini.

" Tarikh akhir untuk saya menenuhi tuntutan-tuntutan Uggah ialah pada jan 5 petang hari ini dan saya tidak berniat untuk patuh kepada tarikh akhir itu kerana kebenaran berpihak kepada saya.

"Saya berjuang untuk mempertahankan hak-hak semua rakyat Sarawak tetapi sekarang saya menjadi mangsa. Surat Pemintaan daripada peguam yang mewakili Uggah tidak menakutkan saya atau membuat saya tunduk kepada kehendak mereka. Jelas ini satu memprovokasi saya agar melawan balik," ujarnya.

Menurut Vernon, Uggah mengambil tindakan itu ekoran tindakannya mempersoalkan istilah meragui istilah hak-hak 'usufructuary', definasi untuk Pulau Galau dan Pemakai Menua kepada Domain Kawasan Peribumi serta penghadnya kepada 1,000 hektar dan Seksyen 6A Kanun Tanah memberi kepentingan kekal kepada NCR.

Beliau memberitahu, syarikat guaman mewakili Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah memetik kenyataannya yang dikeluarkan dalam aplikasi telefon pintar WhatApps "PKR State Media Group" bertarikh 11 Julai 2018.

Dalam Surat Tuntutan syarikat guaman mewakili Uggah bertarikh 30 Julai 2018 kepada Vernon, mengemukakan empat tuntutan iaitu pertama menarik balik semua yang dikatakannya dalam kenyataan itu dan meminta maaf secara bertulis dan ia harus disiarkan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan Melayu diluluskan oleh Uggah dan diedarkan di Sarawak.

Kedua, membuktikan surat aku janji yang diluluskan oleh peguamnya tidak menyiarkan kenyataan sama pada masa akan datang.

Ketiga, menanggung semua kos dan perbelanjaan anak guamnya (Uggah) berhubung perkara itu dan keempat membayar anak guamnya (Uggah) sekurang- kurangnya RM 1 juta sebagai ganti rugi kerana perbuatan Vernon telah menjejaskan reputasi anak guam akibat pernerbitannya itu. -Utusan Borneo Online

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.