Header Ads

Header ADS

Fatimah Minta Simoi Mohon Segera Peruntukan Khas Bina Semula Rumah Mangsa Kebakaran


LINGGA - Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah telah meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri untuk memohon peruntukan khas segera bagi membina semula rumah mangsa kebakaran di Kampung Hilir Lingga. 

Menurutnya, Kerajaan Negeri Sarawak bersimpati dengan atas apa yang menimba keluarga Saudara Azijul Alli dan Jamilah Tuah yang mana telah kehilangan dua orang anak lelakinya Zulkarnain bin Azjijul, 5 tahun dan Zulfadli bin Azjijul, 2 tahun dalam kebakaran yang memusnakan keseluruhan rumahnya petang Selasa lepas.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie bin Salleh untuk membuat segera laporan berhubung dengan kejadian ini dan menyerahkannya kepada ADUN Lingga bagi membuat permohonan khas bina semula rumah kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg.

Sebagai menteri bertanggungjawab, Fatimah akan menyokong permohonan ADUN Lingga itu agar bantuan bina rumah itu akan dapat disegerakan dalam tempoh terdekat. 

Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai peruntukan dalam membina semula rumah mangsa kebakaran seperti yang berlaku di Kampung Hilir ini.

Terdahulu, Fatimah yang diiringi Simoi telah hadir bagi menyampaikan sumbangan berupa keperluan asas dan wang tunai kepada Jamilah Tuah di sini.

Fatimah turut melihat rumah Jamilah yang hangus seratus peratus dan berasa simpati dengan apa yang berlaku. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.