Header Ads

Header ADS

Sarawak Benam Terengganu FC II Kekal Liga Perdana 2019


KUCHING - Skuad Sarawak mengesahkan slot dalam saingan Liga Premier 2019 selepas berpesta gol membenam Terengganu FC II, 5-2 di Stadium Negeri, Petra Jaya malam ini.

Sarawak yang amat memerlukan kemenangan untuk kekal dalam liga divisyen dua itu pada musim depan mendahului pada minit ke-33 hasil jaringan sendiri penyerang pelawat, Andrew Anderson Jean Baptiste.

Penyerang import, Mateo Roskam meletakkan Sarawak selesa di depan dengan jaringan kedua pada minit ke-46 selepas menyambar hantaran silang Dzulazlan Ibrahim.

Minit ke-49, giliran Dzulazlan mencatat nama selaku penjaring dengan menanduk masuk bola hantaran jauh Mohammad Hafiz Abu Bakar. 

Kesilapan benteng pertahanan Sarawak dihukum pelawat dengan jaringan pertama oleh Mohammad Haidhir Suhaini pada minit ke-53.

Kegembiraan skuad Penyu tidak lama apabila Sarawak menambah gol keempat hasil jaringan Bobby Gonzales pada minit ke-67 berpunca dari sepakan sudut Mohamad Alif Hassan.


Terengganu FC II enggan mengalah dan berjaya mengurangkan defisit gol menerusi jaringan kedua oleh Akanni Sunday Wasiu pada minit ke-73. 

Bobby melengkapkan kemenangan bergaya Sarawak dengan menjaringkan gol kelima pada minit ke-79.


Sarawak akan menamatkan kempen Liga Premier menentang Felcra FC di Stadium Shah Alam pada 27 Julai ini. -Utusan Borneo Online

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.