Lelaki Cedera Parah Selepas Perodua Myvi Bertembung Kenderaan Pacuan 4 Roda
BINTULU - Seorang lelaki cedera parah selepas kenderaan Perodua Myvi yang dinaikinya bertembung dengan kenderaan jenis pacuan 4 roda, Toyota Hilux di Jalan Pisang, di sini, pagi semalam.
Menurut Info dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Mohd Hafiz Zuddin bin Zainuddin, berusia dalam lingkungan 20an cedera dan tersepit di kenderaan penumpang Perodua Myvi.
"Pihak Bomba telah menerima panggilan kejadian pada jam 2.44 pagi semalam berhubung dengan kemalangan di Jalan Pisang.
"Satu pasukan yang terdiri daripada 9 anggota Bomba yang diketuai PBK II Mostapha bin Waslie dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bersama sebuah FRT telah bergerak ke lokasi kejadian.
"Sampai di lokasi, didapati sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda, Toyota Hilux bertembung dengan satu kenderaan Perodua Myvi mengakibatkan seorang mangsa lelaki masih tersepit di bahagian hadapan tempat duduk penumpang kenderaan tersebut.
"Mangsa cedara parah dan mempunyai lebam dan luka di bahagian anggota kepala," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Pihak Bomba telah menggunakan peralatan RTA 'resque tool hydraulic unit' untuk mengeluarkan mangsa yang kemudiannya telah diberikan rawatan awal oleh EMRS.
Mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Bintulu untuk pemeriksaan lanjut.
No comments