Petronas Minta Pandangan Kerajaan Persekutuan Berhubung Pemilikan Eksklusif Petroleum Di Malaysia
KUCHING - Susulan daripada kenyataan media Kerajaan Negeri Sarawak berhubung pelaksanaan kuasanya di bawah undang-undang negeri yang berkaitan dengan aktiviti minyak dan gas di Sarawak, Syarikat Petrolium Nasional (PETRONAS) itu akan meminta pandangan dan bimbingan daripada Kerajaan Persekutuan.
Terdahulu, Kerajaan Negeri Sarawak memaklumkan bermula 1 Julai, mereka telah melaksanakan kuasanya di bawah undang-undang negeri berkaitan dengan aktiviti minyak dan gas di Sarawak.
PETRONAS masih berpendapat bahawa syarikat itu masih mempunyai pemilikan eksklusif sumber petroleum di Malaysia dan merupakan pengawal selia tunggal sektor huluan di negara ini.
Justeru, ujar PETRONAS, dalam mengawasi keadaan ini mereka akan mendapatkan pandangan dan bimbingan daripada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir Pakatan Harapan sebagai pemegang saham tunggal PETRONAS.
No comments