Header Ads

Header ADS

Konsert Unity 722 #IbuPertiwiku Diadakan 22 Julai Ini Tampilkan Beberapa Artis Popular Tempatan Tanahair


KUCHING - Satu Konsert Unity 722 #IbuPertiwiku akan didakan bersempena dengan perayaan Sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak 2018 di Dataran Perayaan, Jalan Stadium, Petra Jaya, Kuching.


Konsert tersebut akan menampilkan beberapa artis istimewa tempatan yang popular di tanahair antaranya Hafiz Suip, Amir Jahari dan Dayang Nurfaizah, juga menampilkan artis tempatan popular seperti Ricky Andrewson, Dayangku Fadzilah, Esther Thien, kumpulan At Adau, Emil Hamlyn, Nisa Addina dan D'Cipta Band.

Majlis itu akan dihoskan oleh dua orang pengacara yang tidak asing lagi di Bumi Kenyalang iaitu Zaki Zaidi dan Wan Haji Dasri.

Orang ramai khususnya mereka yang tinggal di sekitar Bandaraya Kuching dipelawa untuk hadir kepada Konsert Unity 722 #IbuPertiwiku.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.