Ali Kawi Meninggal Dunia Di Pusat Jantung Sarawak
KUCHING - Bekas Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Alli Kawi meninggal dunia di Pusat Jantung Sarawak di sini, malam tadi.
Jenazah beliau dibawa ke kediaman di Taman Sourabaya Indah di Petra Jaya.
Beliau, 84 meninggalkan balu, Datin Sri Fatimah Jamil, anak-anak dan cucu.
Alli, yang pernah memegang jawatan Ketua Cawangan Khas Sarawak, turut memainkan peranan penting dalam kejayaan Operasi Sri Aman bagi menamatkan insurgensi di Sarawak.
Beliau menjadi pengantara pada Perjanjian Sri Aman pada 21 Oktober 1973.
Perjanjian itu adalah antara kerajaan negeri, diwakili Ketua Menteri ketika itu iaitu Tun Abdul Rahman Ya'Kub, dengan Parti Rakyat Kalimantan Utara (Paraku), diwakili ketuanya Bong Kee Chok.
Alli juga pernah berkecimpung dalam politik apabila mengetuai Parti Anak Jati Sarawak (Pajar) yang dibentuk pada 28 Mac 1978 selaku presiden.
Beliau mengambil bahagian dalam beberapa pilihan raya sebelum bersara pada 1988.
No comments