Header Ads

Header ADS

Usah Gambarkan PBB Sebagai Parti Dominan Dalam GPS - Fazzrudin


KUCHING - Pemimpin tertinggi parti lain tidak harus menggambarkan bahawa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) adalah sebuah parti dominan dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan mempengaruhi segala keputusan.

Timbalan Ketua Pemuda PBB Fazzrudin Abdul Rahman berkata, semua parti termasuk PBB mempunyai hasrat dan pandangan tertentu untuk memperkasakan GPS tetapi dilakukan dengan cara betul.

“Penubuhan atau pembentukan GPS telah dibincang bersama pimpinan tertinggi keempat-empat parti di mana perlembagaan, struktur dan pendekatan GPS dibincangkan dan dipersetujui bersama keempat-empat pimpinan parti tersebut dalam semangat kekeluargaan.

“Akhirnya nanti mereka juga sebagai pemimpin tertinggi termasuk Tan Sri Datuk Amar James Masing (presiden PRS) dan Datuk Dr Sim Kui Hian (presiden SUPP) akan membuat keputusan semasa mesyuarat,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Fazzrudin menegaskan, komposisi korum perbincangan pimpinan tertinggi GPS adalah sama rata dalam kalangan parti-parti tanpa memberi kelebihan kepada PBB.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing dalam sebuah portal berita yang bertajuk ‘Equality in GPS: The ball is in PBB’s court, says Masing’.

Masing dalam pada itu menyatakan bahawa terpulang kepada PBB dalam mengamalkan konsep kesamarataan dalam kalangan empat parti dalam GPS.

Masing mengulas me-ngenai 10 perkara bagi pembentukan GPS yang diusulkan menerusi me-syuarat SUPP pada hujung minggu lepas.

Malah, SUPP menca-dangkan agar sesebuah parti tidak wajar bertanding lebih 49 peratus daripada 82 kerusi pilihan raya negeri.

Fazzrudin berkata, apa yang penting adalah GPS haruslah memfokuskan kepada membuktikan kepada masyarakat tentang perjuangan GPS adalah berlandaskan kesejahteraan rakyat Sarawak.

“Dan seterusnya dapat-kan dahulu sokongan daripada rakyat dan bukannya mengambil langkah populis demi untuk meraih sokongan dalam parti. Tambahan pula, apa yang lebih penting adalah, melaksanakan penambahbaikan polisi atau pembaharuan yang dibawa GPS.

“Kita harus pastikan rakyat menyokong kita dan memberi kemenangan di setiap kerusi yang kita pertandingkan dan bukannya memastikan pembahagian kerusi yang sama rata, semata-mata hanya untuk bertanding tetapi peluang untuk menang sangat tipis,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu.

Jelas beliau, jika tidak mendapat sokongan daripada rakyat, apa pun dicadangkan untuk GPS tidak akan dapat kita laksanakan.

Beliau berkata, generasi muda mengharapkan GPS akan mampu membawa kelainan dan pembaharuan dalam landskap politik Sarawak dengan menekankan kepada kesejahteraan, perjuangan dan pembangunan yang signifikan dan dekat di hati rakyat.

“Antara perjuangan ketara GPS adalah untuk memasti-kan hak Sarawak dikembalikan seperti termaktub dalam MA63 terutama dalam industri minyak dan gas dalam konteks perlembagaan Malaysia.

“Dengan pengembali-an hak kita ini maka kita mampu memperluaskan lagi khidmat terus kita kepada masyarakat dan mensejahterakan kebajikan rakyat Sarawak. Antara objektif penubuhan GPS adalah ke arah perkara ini,” kata Fazzrudin. -Utusan Borneo Online

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.