Header Ads

Header ADS

Segerakan Kerja-Kerja Pembinaan Balai Bomba Dan Penyelamat Daro - Safiee


DARO - Kerja pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Daro masih belum selesai meskipun tarikh siap bagi kemudahan yang dinanti-nanti penduduk kawasan itu adalah kira-kira sebulan lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata projek bernilai RM6.8 juta itu dijadualkan siap pada 10 September 2018.

“Saya berharap pihak berwajib dapat memantau projek itu dengan rapat kerana balai bomba terdekat mengambil masa dua jam setengah perjalanan,” katanya kepada The Borneo Post, semalam.

Safiee berkata, penduduk sekitar telah menunggu terlalu lama untuk balai bomba diwujudkan di kawasan tersebut.

Beliau turut menggesa pegawai-pegawai khas kerajaan Pakatan Harapan (PH) memantau pelaksanaan projek persekutuan dari semasa ke semasa.

“Orang ramai sedar menteri PH telah melantik ramai pegawai kebelakangan ini, termasuk yang memantau Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Saya berharap mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan tidak mengambil pelantikan itu sebagai kepentingan politik,” katanya.

Safiee merujuk kepada pengumuman pelantikan pegawai-pegawai khas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Ketua Wanita PKR Sarawak Nurhanim Mokhsen dan Naib Ketua Wanita PKR Kebangsaan Voon Shiak Ni.

Projek itu seharusnya siap dalam tempoh 18 bulan tegasnya, sambil melahirkan harapan agar ia tidak tertangguh terlalu lama.

“Kita boleh faham jika mereka menghadapi masalah yang tidak diduga, namun saya berharap mereka dapat menyiapkan projek itu sebelum penghujung 2018,” katanya. -Utusan Borneo Online

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.