Header Ads

Header ADS

Penunggang Motosikal Maut Bertembung Pikap


KANOWIT - Seorang lelaki berusia 24 tahun, maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas ke jalan bertentangan dan bertembung dengan sebuah pikap di selekoh berhampiran Nanga Bawan, Jalan Nibong-Tada, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Daniel Desmond Benjamin berkata kejadian berlaku apabila mangsa dikenali Alvis Angie, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja jam 5.30 petang.

Katanya siasatan awal polis mendapati mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja menuju ke kediamannya di sebuah rumah panjang di Skim Penempatan Semula Nanga Tada.


Difahamkan, mangsa yang cedera parah di bahagian kepala dan anggota badan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Mayat mangsa dihantar polis ke rumah mayat Hospital Kanowit untuk tindakan lanjut.

Mangsa meninggalkan seorang balu dan anak tunggal perempuan berusia lima tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.