Header Ads

Header ADS

Kami PPBM Tidak Sama Dengan Parti Pribumi Sarawak (PRIBUMI) - Johan


KUCHING - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sarawak tidak mempunyai kaitan dengan Parti Pribumi Sarawak (PRIBUMI), malah tidak pernah menjalin kerjasama politik dengan parti yang dikhabarkan menarik wakil rakyat dari Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pengerusi Penaja PPBM Sarawak Bahagian Stampin, Johan Mohamad berkata PPBM dan PRIBUMI adalah dua parti politik yang berbeza termasuk dari segi perjuangannya.

"Bersatu (PPBM) bukan PRIBUMI. Logo mereka kapal layar dan kami bunga raya.

"Mereka tiada kaitan dengan kami ... kami tidak tahu mereka dan mereka juga tidak tahu kami," katanya pada sidang media di dewan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kekeliruan terhadap kewujudan PRIBUMI dan PPBM di Sarawak, termasuk dakwaan mengenai kerjasama mereka untuk menumbangkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada pilihan raya negeri akan datang.

Pada ketika ini, heboh diperkatakan mengenai dakwaan PRIBUMI bahawa enam Ahli Parlimen termasuk tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari GPS sudah menyatakan hasrat untuk menyertai parti itu. -Utusan Borneo Online

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.