Header Ads

Header ADS

CEUPACS Bantah Kerajaan Pakatan Harapan Tutup 9 IPG


MIRI - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan berjumpa dengan pemimpin atasan dan pihak berkaitan dalam kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) untuk membantah penutupan sembilan buah Institut Pendidikan Guru (IPG) di negara ini.

Presidennya, Datuk Azih Muda menegaskan penutupan kesembilan buah IPG tersebut oleh kerajaan terdahulu atas alasan terdapat lambakan siswazah adalah tidak wajar.

Bercakap kepada pemberita semasa sidang akhbar di sini, pagi tadi beliau berkata CUEPACS akan membincangkan semula perkara itu dan seterusnya mengemukakan isu mengenai penutupan sembilan buah IPG tersebut kepada kerajaan baru ini.

"IPG ini kita anggap sebagai universiti perguruan kerana melahirkan graduan berijazah pendidikan dan penutupan universiti perguruan ini adalah sesuatu yang tidak patut berlaku," katanya.

"Kita akan bawa perkara ini kepada pihak berwajib termasuk Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), menteri berkaitan dan pihak atasan yang berkaitan," tambah beliau lagi.

Pada 2016, kerajaan (sebelum ini) telah mengumumkan di Parlimen, untuk menutup sembilan buah IPG di negara dan penutupan itu termasuk dua di Sarawak iaitu IPG Rajang di Bintangor dan IPG Sarawak di Miri.

Terdahulu, sebelum sidang media tersebut, Azih merasmikan majlis taklimat pra persaraan anggota perkhidmatan awam di Miri, yang dianjurkan oleh CUEPACS dengan kerjasama Kumpulan Wang Persaraan (KWAP). -Utusan Borneo Online

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.