Header Ads

Header ADS

Tawaran Kepada Peminat Sertai Simposium Bola Sepak Antarabangsa Pada 10 Hingga 12 Ogos Ini


KUCHING - Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menyediakan tawaran istimewa kepada orang ramai yang berminat untuk menyertai Simposium Bola Sepak Antarabangsa akan diadakan pada 10 hingga 12 Ogos depan.

Menurut Ketua Unit Pembangunan Belia dan Kejurulatihan FAS, Lucas Kallang Laeng yuran asal untuk menyertai simposium tersebut berjumlah RM300 bagi setiap peserta.

Bagaimanapun, FAS bersetuju memberi diskaun sebanyak 10 peratus kepada persatuan bukan ahli gabungan, jabatan kerajaan, sektor swasta dan akademi bukan gabungan dengan syarat mereka perlu mendaftar lebih daripada 10 peserta.

Selain itu, FAS juga menyediakan subsidi sebanyak RM100 kepada peserta dari Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Sarawak (KBSS), Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).

“Mereka yang daripada persatuan bola sepak bahagian, persatuan bekas pemain, persatuan pengadil, persatuan jurulatih, pelajar dari institut pengajian tinggi, sekolah dan kolej hanya perlu membayar RM150.

“Simposium ini sangat berguna kepada mereka yang berminat untuk mempelajari selok-belok pembangunan bola sepak dan program bola sepak kebangsaan.

“Penceramah terdiri daripada Pengarah Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Peter De Roo, Ketua Pembangunan David Ahela dan dari Perth Glory FC,” katanya semalam.

Peserta akan mendapat baju-T, cenderamata, pengangkutan percuma, sijil dan berpeluang menonton perlawanan persahabatan antara Perth Glory FC dan Sarawak FA.

Selain itu, peserta juga berpeluang menyaksikan pemain Perth Glory FC menjalani latihan dan kursus di stadium.

Pertanyaan lanjut boleh menghubungi Lucas di talian 013-8112399, Jeffrey Lana (016-7113829), Jerry Tanny (019-8377004) atau e-mel kepada faswk@yahoo.com (mailto:faswk@yahoo.com). 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.