Header Ads

Header ADS

MoU UPP Dan SUPP Tamat Selepas Kerajaan Negeri Sarawak Keluar BN


KUCHING - Memorandum Persefahaman (MoU) antara Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tamat secara automatik susulan keputusan Kerajaan Sarawak keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Perkara ini dinyatakan Pesiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh ketika ditemui pemberita semalam selepas Mesyuarat Pra-Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Ibu Pejabat PBB di sini.

Jelas Wong, MoU tersebut telah ditandatangani antara kedua-dua parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi menyelasaikan kebuntuan antara parti serta membolehkan calon UPP bertanding atas tiket SUPP.

MoU tersebut katanya, telah ditandatangani pada 23 Mac lepas disaksikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg diikuti pertukaran dokumen antara beliau dan Timbalannya Datuk Dr Jerip Susil dengan Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting.

“Memandangkan BN sudah tidak ada lagi, maka secara automatik MoU tersebut telah tamat,” kata Wong.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut bagaimana MoU tersebut akan memberi kesan kepada kedua-dua parti di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Dalam perkembangan berkaitan, UPP menurut Wong akan mengkaji kemungkinan untuk parti itu mempunyai nama dan imej baharu dalam masa enam bulan yang akan datang ini.

“Kami tidak mahu rakyat beranggapan bahawa UPP adalah parti berasaskan Cina,” kata Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Perdagangan.

Wong berharap proses penjenamaan semula parti ini akan membuang tanggapan rakyat terhadap parti sebagai parti berasaskan Cina.

Mereka yang dipertanggungjawabkan dalam hal ini bagaimanapun belum memutuskan sama ada akan menukar nama atau menjenamakan semula parti menjadikannya lebih pelbagai kaum.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.