Header Ads

Header ADS

Kerajaan Negeri Sarawak Kuatkuasa Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958 Berkuatkuasa Hari Ini


BAU - Bermula hari ini, Ahad, 1 Julai 2018, Kerajaan Negeri Sarawak menguatkuasa Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg berkata, dengan berkuatkuasanya OMO, semua syarikat minyak dan gas yang ingin menjalankan aktiviti perlombongan minyak di negeri ini perlu mendapatkan atau memohon lesen terlebih dahulu.
"Hak-hak Sarawak ke atas sumber minyak dan gas di negeri jelas digariskan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, Senarai Negeri. 
"Ini bermakna mulai 1 Julai (hari ini), syarikat dalam industri minyak dan gas perlu memohon lesen dahulu daripada kita," katanya. 
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Karnival Gawai Redeems di Pusat Redeems, Kampung Apar, Singai di sini malam tadi. 
Dalam ucapannya, Abang Zohari berkata Kerajaan Negeri Sarawak berjaya mendapatan semula kuasa daripada Petronas dalam mengawal selia sepenuhnya sumber minyak dan gas di negeri ini. 
Kejayaan ini, katanya membolehkan Sarawak mempunyai kuasa dalam perlembagaan untuk mengawal selia dan menguruskan sumber minyak dan gasnya sendiri.
Syarikat-syarikat minyak ini juga perlu memberikan maklumat mengenai aktiviti dan sebarang kegiatan yang mereka lakukan di negeri ini kepada Kerajaan Negeri Sarawak.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.