Presiden Alumni GPMS Kebangsaan, Syed Anuar Syed Moha­mad berkata, alumni berkenaan menyifatkan pemakaian kasut hitam sebagai isu terpencil dan sebaliknya kementerian berkenaan perlu memberi perhatian atau fokus kepada isu yang lebih relevan de­ngan kepentingan guru serta pelajar.
Katanya, Kementerian Pendidikan sepatutnya menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dianggotai pakar-pakar yang berkemahiran dalam lapangan masing-masing bagi menangani masalah yang dihadapi guru termasuk isu kemurungan.
Beliau memberitahu, tenaga pakar daripada pelbagai kementerian yang berkaitan terutama Kementerian Kesihatan perlu dilantik bagi menganggotai jawatankuasa khas tersebut yang perlu ditubuhkan segera.
“Kita harap Kementerian Pendidikan tengok perkara itu dengan lebih serius bagi mendapatkan resolusi penting dan memberi tumpuan kepada isu le­bih besar termasuk masalah guru murung yang sudah lama wujud atau guru duka lara dan sebagai­nya,” kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.