Header Ads

Header ADS

Bekas ADUN Pelawan Vincent Goh Chung Siong Meninggal Dunia


SIBU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan Vincent Goh Chung Siong meninggal dunia di rumahnya awal pagi Jumaat.

Mendiang yang berumur 67 tahun meninggal dunia pada kira-kira pukul 2.30 pagi kerana menghidap kanser.

Goh, pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan DUN Pelawan selama dua penggal mulai 2001 hingga 2011.

Kerjaya politik Goh bermula pada 1996 apabila menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-14 mewakili Barisan Nasional (BN) atas tiket Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Mendiang bagaimanapun tewas kepada mendiang Datuk Jason Wong Sing Nang yang juga bekas pengerusi DAP Sarawak dan Ahli Parlimen Lanang.

Pada 2001, Goh yang membuat penampilan keduanya dalam pentas politik dengan menyertai PRN kelapan berjaya memenangi kerusi DUN Pelawan mengalahkan Ting Chek Ming daripada DAP.

Goh kekal sebagai penyandang kerusi DUN Pelawan pada PRN berikutnya selepas sekali lagi mendiang menewaskan Ting. 

Pada PRN 2011, beliau tewas kepada David Wong daripada DAP.


Pada awal 2010, mendiang dikesan menghidap kanser dan setelah itu beliau terus bersara dari arena politik.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.