Header Ads

Header ADS

Akaun Twitter Rafizi Diserang Penyokong PKR


KUALA LUMPUR - Akibat menyuarakan pandangan kritis terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) kebelakangan ini, akaun Twitter Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli 'diserang' oleh penyokong parti itu.
Malah, ia mencetus 'perang dingin' bekas Pengarah Strategi PKR itu dengan penyokong terbabit di Twitter apabila beliau membalas komen tertentu yang disifatkan keterlaluan dan beremosi.
"Banyak penyokong PH berketurunan Cina dan India memaki saya di media sosial kerana tidak suka dengan beberapa pandangan saya akhir-akhir ini.
"Banyak juga yang suruh saya masuk UMNO, seolah-olah PH itu milik mereka. Emosi begini sangat keterlaluan dan PH tidak perlukan sokongan beremosi begini," katanya menerusi Twitter.
Memberikan beberapa contoh kenyataan berkaitan, Rafizi juga mendakwa penyokong terbabit hanya menghentamnya tanpa terlebih dulu meneliti konteks kenyataannya dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
"Ada dua 'Tweet' la. Satu bahasa Melayu satu bahasa Inggeris. Dia terasa, cepat-cepat nak hentam tapi tuduh saya edit 'post' dalam bahasa Melayu yang dia baca.
"Sekarang dia baca yang Inggeris, dia kata edit. Penyokong macam ni perlu disekolahkan," katanya merujuk kepada komen @HerbWongMY bahawa beliau mengedit semula kenyataan awalnya yang disiarkan di Twitter.
Menjawab luahan Rafizi, seorang netizen, Rizal berkata, penyokong terbabit bimbang kenyataan bekas Ahli Parlimen Pandan itu akan menyebabkan PH lemah dan berpecah.
"Kebanyakan mereka (penyokong) ini takut pandangan Rafizi akan menyebabkan PH lemah dan berpecah dan menjadi modal pembangkang serang PH. Semua sayangkan PH," katanya.
Peter Ng Chin Poh pula berpandangan Rafizi tidak sepatutnya memilih untuk menjadi ahli politik sekiranya takut dimaki.
"Kalau rakyat tak beremosi, tiada kerajaan PHlah. Kan YB (Rafizi) dulu pun suruh rakyat beremosi lawan UMNO/BN," katanya.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.