Header Ads

Header ADS

SEB Memaklumkan Tiada GST Dikenakan Bil Elektrik Bulan Jun Ini


KUCHING - Sarawak Energy memaklumkan kepada pelanggan bahawa syarikat runcit dan operasinya iaitu Syarikat SESCO Berhad tidak akan mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) enam peratus untuk tenaga elektrik yang digunakan bermula hari ini (1 Jun) dan seterusnya.

Dalam kenyataan medianya semalam,  pengumuman ini dibuat susualn daripada keputusan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini di mana GST Malaysia akan dikurangkan kepada sifar peratus daripada enam peratus bermula bulan ini.

Sarawak Energy sedang mengusahakan sistem bil untuk menyamaratakan penggunaan dalam tempoh peralihan itu.


Untuk penggunaan elektrik pada bulan Mei, GST enam peratus masih dikenakan dan jumlah yang perlu dibayar boleh dilihat dalam invois cukai.


Untuk keterangan lanjut, hubungi Pusat Khidmat pelanggan 24 jam Sarawak Energy di 1-300-88-3111 atau emel customercare@sarawakenergy.com.my (mailto:customercare@sarawakenergy.com.my).

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.