Header Ads

Header ADS

PPBM Mahu Lebarkan Sayapnya Di Sarawak - Tun Mahathir


PETALING JAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bercadang melebarkan sayapnya ke Sarawak bagi memenuhi permintaan rakyat negeri itu yang mahukan parti itu bertapak di sana.

Perdana Menteri dan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah itu juga seiring dengan situasi semasa di negeri itu di mana parti-parti politik dalam Pakatan Harapan seperti PKR dan Amanah telah berada di sana selain parti PAS.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa PPBM tidak akan ke Sabah, kerana negeri itu sudah ada Parti Warisan Sabah yang dianggap sebagai parti sahabat kepada PPBM dan Pakatan Harapan.

“Buat masa ini, keadaan di Sarawak adalah semua parti Sarawak membentuk gabungan mereka sendiri. Jadi, memandangkan PKR ada di sana, Amanah ada di sana, malah PAS pun ada di sana, jadi kami berpendapat adalah wajar untuk kami (PPBM) ke sana,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM di sini, semalam.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.