Penjaga Gol Mesir Tolak Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan
MOSCOW - Budweiser berkata mereka 'menghormati kepercayaan agama' setiap pemain selepas penjaga gol Mesir, Mohamed Elshenawy menolak anugerah pemain terbaik perlawanan yang ditaja gergasi arak Amerika Syarikat itu di temasya Piala Dunia.
Elshenawy dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan selepas berusaha gigih menafikan serangan penyerang Uruguay, Luis Suarez ketika pasukannya tewas 1-0 pada perlawanan pembukaan Piala Dunia mereka, Jumaat lalu.
Namun pemain berusia 29 tahun itu menolak anugerah berkenaan kerana berpegang kukuh pada Islam.
Budweiser memberitahu AFP: "Kami menghormati kepercayaan agama setiap pemain dan sudah membincangkan bersama FIFA untuk menetapkan satu proses berlainan bagi membolehkan pemenang anugerah Pemain Terbaik Perlawanan yang tidak mahu ditampilkan dengan jenama Budweiser atas sebab agama.
"Pemenang Rasmi Pemain Terbaik Perlawanan yang menolak trofi Bud atas sebab agama tetap menerima penghormatan penuh, sama seperti Mohamed Elshenawy lakukan dan kami mengucapkan tahniah atas pencapaiannya." - AFP
No comments