Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Seri Johan Abdullah berkata, penerbangan terakhir pula dijangka pada 14 Ogos ini.
“Sebanyak 30,200 jemaah haji Malaysia dijangka berlepas ke Tanah Suci secara berperingkat menerusi 81 penerbangan sewa khas oleh Malaysia Airlines dan Flynas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Buat julung kalinya, operasi haji bermula di Kompleks Tabung Haji Sepang berbanding sebelum ini dilakukan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya,” katanya ketika menyampaikan Taklimat Operasi Haji Musim 1439H/2018M di Kompleks Tabung Haji Sepang di sini hari ini.
Katanya, penerbangan balik pertama dan terakhir dari Tanah Suci masing-masing adalah pada 29 Ogos dan 29 September ini. - UTUSAN ONLINE