Header Ads

Header ADS

Kerajaan Negeri Sarawak Tunggu Keputusan Mahkamah Persekutuan Sebelum Sebarang Tindakan Diambil


KUCHING - Kerajaan Negeri Sarawak hanya akan mengambil apa-apa tindakan hanya selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 21 Jun ini.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri - Persekutuan dan Pemantauan Projek), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, kerajaan negeri tidak mahu tergesa-gesa atau terburu-buru mengambil apa jua tindakan buat masa ini. 
“Kita tunggu dan lihat apa keputusan mahkamah pada 21 Jun nanti sama ada mereka membenarkan permohonan Petronas atau sebaliknya dan dari situ, kita lihat apa tindakan selanjutnya yang akan diambil," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya beliau yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini Ahad lepas.
Pada 4 Jun lalu, Petronas memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan pengisytiharan mengenai Akta Pembangunan Petroleum (PDA) sebagai undang-undang terpakai bagi industri petroleum di Malaysia. 
Menurut syarikat minyak dan gas nasional itu, ia adalah pemilik eksklusif sumber petroleum, serta pengawal selia industri huluan di seluruh Malaysia termasuk di Sarawak. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.