Header Ads

Header ADS

Kerajaan Negeri Sarawak Luluskan RM34 Juta Bagi Naik Taraf Bekalan Air Di Dalat


MUKAH - Kerajaan Negeri Sarawak hari ini telah meluluskan beberapa projek berkaitan naik taraf bekalan air di Dalat dengan kos anggaran sebanyak RM34 juta. 
Ini merangkumi penukaran kawasan pam air sedia ada di Batang Oya ke Sungai Kut, naik taraf kemudahan itu di beberapa kawasan termasuk Klid-Naruh, Sungai Baoh, Dalat serta Oya. 
Dalam satu sesi taklimat yang diberikan mengenai projek-projek tersebut, penukaran pam air ke lokasi baharu di Sungai Kut akan dijalankan dengan segera. 
"Manakala, projek-projek yang lain akan dilaksanakan serta mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan," menurut taklimat berkenaan. 
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg berkesempatan melawat Loji Rawatan Air Sungai Kut di Kampung Sungai Kut Muara hari ini. 
Turut hadir, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.