Header Ads

Header ADS

Keputusan Petronas Lawan Kerajaan Negeri Sarawak Akan Diketahui Hari Ini


KUCHING - Selepas kedua-dua pasukan barisan peguam Petronas dan Kerajaan Negeri Sarawak berhujah dalam mempertahankan hujah masing-masing semalam, Hakim Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan pada jam 9.30 pagi, hari ini.

Menurut Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek Sarawak Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, hakim akan membuat keputusan pada Jumaat, 22 Jun kira0kira jam 9.30 pagi dalam kenyataan yang dikeluarkan pada semalam (Khamis).

“Keputusan (mahkamah) dibuat esok (hari ini) pada kira-kira 9.30 pagi. Doakan yang terbaik buat Sarawak,” katanya.

Petroleum Nasional (Petronas) membuat permohonan prosiding terhadap sumber minyak dan gas di Sarawak menurut Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) di Mahkamah Persekutuan di Kuala Lumpur di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Tan Sri Ahmad Maarop.

Dalam prosiding itu, Petronas diwakili peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar dan Khoo Suk Chyi.

Sementara itu, pasukan peguam mewakili Sarawak terdiri daripada Peguam Negeri Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid, Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Sri JC Fong, Timbalan Peguam Negeri Saferi Ali dan pegawai undang-undang Mohd Adzrul Azlan.

Mahkamah telah bersidang sekitar dua jam mulai 9.45 pagi dengan Sarawak menurut Hasidah berhujah bahawa Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa eksklusif dan asli untuk mendengar usul ini.

Bagaimanapun, Petronas meskipun membawa isu ini ke mahkamah tetapi kekal komited menyokong aspirasi Sarawak menyertai industri minyak dan gas di negeri itu, selagi ia berada dalam rangka kerja PDA.

Sebelum ini, Hasidah yakin Sarawak menang mempertahankan hak eksklusif minyak dan gasnya menggunakan “senjata” dokumen asli dari London. 

Sementara itu, di Sarawak ramai rakyatnya mengambil bahagian berdoa agar keputusan Mahkamah Persekutuan memihak kepada Sarawak sejak sekian lama hak Sarawak dihakis begitu sahaja.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.