Kematian Anthony Bourdain Diratapi Rakan Artis Dan Ahli Politik
KUALA LUMPUR - Kematian penulis, pengacara dan chef selebriti, Anthony Bourdain yang dipercayai membunuh diri semalam diratapi rakan-rakannya termasuk artis dan ahli politik.
Menerusi perkongsian di laman sosial, Twitter, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meluahkan rasa sedih kehilangan sahabatnya yang sentiasa menyebarkan nilai positif dalam hidup.
“Kerusi plastik, mi yang sedap tetapi murah dan minuman keras di Hanoi, itulah Tony yang saya akan ingati. Dia mengajar kita tentang makanan tetapi apa yang penting adalah dia mengajar kita erti persahabatan. Kami akan merinduinya,” katanya.
Dalam pada itu, Presiden AS, Donald Trump juga sempat berkongsi rasa kehilangan di Twitter dengan menyifatkan kematian Bourdain sebagai kehilangan yang sangat menyedihkan.
Turut bersedih, rakan chef selebriti, Gordon Ramsey menyifatkan rakannya itu sebagai insan yang banyak memberi inspirasi kepada ramai orang tentang budaya menerusi makanan.
“Ingat, depresi bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Ingat, untuk membantu hubungi nombor yang tertera,” katanya. - UTUSAN ONLINE
No comments