Ini Mungkin Piala Dunia Terakhir Saya - Pogba
ISTRA - Pemain tengah Perancis, Paul Pogba berkata mungkin Piala Dunia di Russia adalah penampilan terakhirnya pada kejohanan terulung itu tetapi dia berharap cukup cergas untuk beberapa edisi lagi.
"Ia mungkin Piala Dunia terakhir saya," kata pemain Manchester United berusia 25 tahun itu di sidang akhbar menjelang pertemuan terakhir Kumpulan C menentang Denmark, Selasa ini.
Perancis sudah melayakkan diri ke kelompok 16 terakhir dan akan menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga teratas sekiranya berjaya mengelak kekalahan.
"Saya bersikap realistik, kita tidak tahu jika saya akan disenaraikan, mungkin ada pemain lain yang lebih bagus daripada saya.
"Saya harap akan dapat bermain lagi. Saya sudah berpeluang bermain dua edisi, sesetengah pemain hanya mampu mengimpikan untuk bermain sekali," katanya. - REUTERS
No comments