Header Ads

Header ADS

Fadillah Bawa 60 Anak Yatim Dan Asnaf DUN Samariang Beli Pakaian Dan Kasut Raya


KUCHING - Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof meraikan kira-kira 60 anak yatim dan golongan asnaf dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang dalam membeli pakaian dan kasut raya di pusat beli-belah Boulevard di sini, baru-baru ini.


Program Sinaran Bersama Anak Yatim dan Asnaf itu merupakan anjuran Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Samariang. 

Katanya, program itu bagi membantu anak-anak yatim dan asnaf membuat persiapan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. 

Menerusi program itu, kanak-kanak ini telah dibawa ke pusat beli-belah berkenaan untuk memilih sendiri pakaian dan kasut raya kesukaan mereka.

“Semoga bantuan yang diberikan ini dapat menceriakan kanak-kanak berkenaan dalam menyambut kedatangan Aidilfitri nanti,” tambah Fadillah.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.