DAP Sarawak Tuntut Janji Lantik Menteri Dan Timbalan Menteri Dalam Kabinet Pakatan Harapan
KUCHING - Belum pun diumumkan secara rasmi senarai baki kabinet yang bakal dilantik di kalangan ahli PH, beberapa rakan PH mula menyuarakan rungutan dan tidak puas hati.
Ini berlaku apabila tersebarnya senarai lantikan kabinet yang tidak disahkan dan tular sejak semalam.
Antaranya, DAP Sarawak apabila menggesa serta menuntut janji Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan dalam manifesto PRU ke-14 untuk melantik sekurang-kurangnya dua menteri dan tiga timbalan menteri dari kalangan ahl parlimen negeri itu.
Ini secara jelas menunjukkan PH mula mempersendakan Manifesto mereka kepada rakyat Sarawak malah ia juga dilihat seolah meminggirkan kembali rakyat Sarawak seperti apa yang berlaku suatu ketika dahulu.
Pengerusi DAP Serian Edward Andrew Luwak berkata senarai yang tular semalam menunjukkan hanya seorang menteri dan timbalan menteri daripada Sarawak.
“Senarai tular itu menunjukkan Sarawak hanya akan ada seorang menteri dan timbalan menteri. Sabah yang dimenangi rakan bukan komponen HARAPAN tetapi kurang kerusi (parlimen) pula mendapat tiga menteri.
“(Manifesto HARAPAN) berjanji untuk mengembalikan Sabah dan Sarawak kepada status berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata Sarawak menyumbang 10 kerusi Parlimen kepada kejayaan HARAPAN pada PRU14 – DAP dengan enam kerusi dan PKR empat.
“Ia meningkat kepada 12 selepas dua calon bebas menyertai PKR. Peralihan sokongan ini perlu diiktiraf.
“Secara idealnya, perlu ditimbang untuk Sarawak mendapat dua menteri dan tiga timbalan,” katanya lagi.
Katanya lagi, penduduk Sarawak akan melihat lantikan seorang menteri sahaja dari negeri itu sebagai ejekan, apatah lagi Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia.
No comments