Header Ads

Header ADS

Bobby Gonzales Jaringkan Dua Gol Ikat MISC-MIFA


KUCHING - Penyerang kelahiran Sabah, Bobby Gonzales muncul penyelamat Sarawak dengan menjaringkan dua gol untuk mengikat MISC-MIFA 2-2 dalam aksi Liga Premier di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Bobby meledak gol pertama menerusi sepakan penalti dalam masa kecederaan (45+2) ketika Sarawak sudah ketinggalan dua gol.

Beliau kemudian meletakkan kedudukan kembali seimbang dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-67.

Tuan rumah terlebih dahulu mendahului pada minit ke-26 menerusi Barathkumar Ramaloo.

Minit ke-33, Sarawak terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas tonggak pertahanan Hairol Mokhtar dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan penyerang lawan dalam petak penalti.

Tuan rumah memanfaat sepenuhnya kepincangan Sarawak dengan jaringan kedua oleh Elizeu Batista pada minit ke-36.

Keputusan itu bagaimanapun, menjatuhkan Sarawak ke tangga kelapan dengan mengumpul 16 mata.

Sarawak akan meneruskan kempen menentang PDRM di Stadium Shah Alam pada 21 Jun.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.