Header Ads

Header ADS

BN Tasik Biru Buat Laporan Polis Berhubung PDA 1974 Di Ibu Pejabat Polis Daerah Bau


BAU - Gabungan parti komponen Barisan Nasional (BN) Tasik Biru hari ini membuat laporan polis berhubung Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 di Ibu Pejabat Polis Daerah Bau di sini.

Laporan tersebut dibuat oleh Sumy Lidei bersama dengan Chin Poo Nam, John Nyigor dan Datuk Wilfred Nissom mewakili gabungan parti komponen BN Tasik Biru.

Gabungan parti komponen BN Tasik Biru ini terdiri daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep turut hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Bau bagi memberi sokongan kepada rakan parti yang lain bersama beberapa penyokong yang lain.

Henry yang ditemui selesai laporan tersebut berkata, kesemua empat parti komponen BN di Tasik Biru sepakat untuk membuat laporan polis berhubung PDA 1974.

“Hari ini kami PRS, PBB, PDP dan SUPP dalam Tasik Biru sepakat untuk membuat laporan polis mendakwa bahawa PDA 1974 adalah tidak sah dan terbatal.

“Ini adalah kerana akta ini tidak diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya yang ditemui hari ini.

Dalam pada itu, laporan polis yang dibuat semalam adalah untuk menegaskan bahawa mereka tidak bersetuju dengan pelaksanaan PDA 1974 oleh Petronas.

Menurut Sumy, beliau membaca keratan akhbar daripada kumpulan WhatsApp bahawa PDA 1974 adalah tidak relevan dan tidak sah kepada negeri ini.

Justeru, Sumy serta rakan-rakan parti komponen BN Tasik Biru mahu pihak polis membuat siasatan selanjutnya selain rujukan kepada Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak. -Utusan Borneo Online

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.