Header Ads

Header ADS

Abang Zohari Enggan Ulas Isu Petronas Dan Kerajaan Negeri Sarawak


KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abag Openg enggan memberikan komen mengenai isu Petronas dengan Kerajaan Negeri Sarawak ketika ini kerana ia merupakan kes mahkamah. 
"Saya tidak dapat memberikan komen kerana ini adalah kes mahkamah, ia adalah sub judis," katanya ketika ditemui sempena Majlis Ihsan Ramadan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok di Dewan Merpati Jepang di sini, semalam.
Malah, beliau juga enggan mendedahkan apabila ditanya sama ada terdapat sebarang tindakan atau tarikh akhir untuk ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dalam langkahnya untuk menghadapi kes itu. 
Kerajaan Negeri Sarawak bakal berhadapan dengan Petronas di Mahkamah Persekutuan berikutan permohonan syarikat minyak negara itu untuk mendapatkan pengisytiharan dan tuntutannya sebagai pemilik eksklusif sumber petroleum di Malaysia di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA). 
Permohonan ini dijangka akan didengar pada 12 Jun ini.
Terdahulu, Abang Zohari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok menyampaikan bantuan kepada 215 golongan yang memerlukan di kawasan DUN Satok.
Turut sama hadir isterinya Datin Patinggi Datuk Juma'ani Tuanku Bujang dan Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.